Mari kita bongkar 7 mitos tentang Forex

02 Nov, 2022 Bacaan 6 minit

Wujud mitos positif dan negatif mengenai Forex. Kedua-duanya memerlukan penjelasan. Kami akan cuba untuk merungkai mitos yang paling lazim dan menjejak kesahihannya. Mari mulakan.

 

Anda perlukan wang yang banyak untuk memulakannya

Ini adalah tidak tepat untuk hampir dua dekad. Mitos ini disangkal setiap hari oleh ramai trader baru yang memasuki pasaran dinamik ini setiap jam. Lebih 1,200 broker Forex bersaing untuk pelanggan baru ini dan sentiasa memperbaiki syarat dagangan mereka.

Desentralisasi yang datang dengan Internet bergandingan dengan demokrasi domain Forex yang dahulunya elit, membuka peluang kepada orang biasa di seluruh dunia.

Perjalanan anda dengan dagangan Forex boleh bermula dengan deposit awal yang agak rendah sekitar USD100.

 

Leveraj bertahap tinggi adalah baik

Mari bincangkan mengenai konsep leveraj. Leveraj yang tinggi tidak semestinya 'baik'. Lebih tepat lagi, anda perlu melihatnya bukan dari segi 'baik atau tidak baik'—tetapi sebagai 'berisiko atau selamat'. Leveraj yang tinggi tidak sepatutnya digunakan terlalu kerap dalam rangka kerja pengurusan risiko yang baik, terutamanya oleh trader baru dan pertengahan. Trader berpengalaman yang mempunyai sedikit lebihan modal untuk mencuba—sebahagian kecil daripada portfolio mereka—boleh cuba menggunakan leveraj yang tinggi dengan strategi yang baru dan menjanjikan. Potensi keuntungan mungkin agak besar, tetapi kerugian akan melenyapkan dana awal dengan pantas. Jangan sesekali melabur atau berdagang lebih dari yang anda sanggup hadapi kerugiannya. Ini benar untuk sebarang nisbah leveraj.

 

Wang yang mudah dan cepat dengan Forex

Ini mungkin mitos yang paling kuat mengenai Forex yang mengaitkan perkhidmatan ini secara tidak adil kepada tuduhan 'perjudian'. Tidak wujud sesuatu yang dipanggil sebagai 'wang mudah' dengan hampir apa sahaja—terutamanya secara tetap dan jujur. Wang diperoleh dengan usaha keras. Jika seseorang berjaya dalam perdagangan Forex, orang ini telah menghabiskan masa dan berusaha dalam membangunkan psikologi, mental dan inteleknya sebagai seorang trader. Selidik pasaran, baca penulisan, gunakan pendidikan Forex dalam talian ,dan ikuti strategi dagangan yang telah disusun dengan baik. Dan juga, sentiasa menggunakan alat pengurusan risiko yang betul. Berbanding 'wang mudah dan cepat', keuntungan berpanjangan yang diperolehi dengan susah payah akan menyusul.

 

Adakah Forex hanya sesuai untuk trader jangka pendek?

Ramai orang berdagang dari sehari ke sehari, menjejak pergerakan aset jangka pendek. Disebabkan oleh pilihan leveraj tinggi yang menguntungkan tetapi berisiko, ini telah menjadi agak popular. Populariti bukanlah ukuran bagaimana Forex harus dan patut didagangkan. Strategi jangka panjang boleh digunakan juga. Trader trend jangka panjang mempunyai pendekatan psikologi yang berbeza oleh kerana mereka kurang bimbang mengenai apa yang berlaku dengan instrumen kewangan dalam masa sehari. Trader pasaran ini kebiasaannya merasakan bahawa menguruskan dagangan jangka panjang mempunyai satu lagi kelebihan bagi mereka: mereka menjimatkan modal dalam spread yang dibayar setiap pesanan. Spread adalah 'komisen' Forex yang digabungkan ke dalam setiap pesanan terbuka. Daripada membayar banyak spread harian yang sama untuk pesanan terbuka, anda membayar jauh lebih sedikit spread oleh kerana anda mempunyai lebih sedikit pesanan dalam sesuatu tempoh lanjutan.

 

Pasaran Forex ditipu

Disebabkan oleh kekecewaan, ramai bekas trader atau trader semasa Forex yang percaya bahawa pasaran ini sebenarnya ditipu. Mereka fikir bahawa pihak berkuasa atau orang dalaman tertentu memanipulasi atau mengawal pasaran untuk mengekploitasikan kedudukan trader biasa untuk menipu dana mereka. Tidak pernah wujud sebarang bukti forensik yang konklusif tentang manipulasi pasaran tukaran asing yang sistematik dan sedang berlaku.

Dari segi sejarah, terdapat situasi di mana pemain yang sangat kaya dan berkuasa, yang telah mengeksploitasi dan mengambil kesempatan dari kelemahan institusi sementara, seperti bank pusat. Tetapi ini jarang berlaku, kelakuan jenayah boleh berlaku dalam mana-mana pasaran dan tidak semestinya berkaitan dengan Forex sahaja.

 

Anda boleh meramal pasaran

Sudah tentulah anda tidak boleh.Tetapi ramai peserta mengelat diri sendiri dengan mempercayai bahawa mereka boleh melakukannya. Ini adalah perangkap psikologi yang membolehkan seseorang terjerumus, yang akhirnya akan membawa kepada kerugian. Satu-satunya cara adalah dengan berurusan dengan kemungkinan—disokong oleh penyelidikan, analisis teknikal, asas psikologi yang mantap, dan strategi pengurusan risiko yang sah. Anda mestilah tidak membuat keputusan dagangan berdasarkan firasat atau gerak hati semata-mata.

Sesiapa yang mendakwa bahawa mereka boleh meramal pasaran atau berjanji akan menjual kepada anda kemahiran untuk berbuat demikian adalah seseorang yang tidak boleh dipercayai.

 

Lebih banyak dagangan yang anda buat, lebih baik

Anda boleh kehilangan gambaran organisasi dan analitikal dengan pantas jika anda mempunyai terlalu banyak pesanan yang aktif—melainkan ia adalah satu atau dua aset yang anda benar-benar fahami. Pertama sekali, biasakan diri menjejak satu atau dua aset sehari dan dapatkan templat yang realistik tentang berapa banyak pergerakan yang anda boleh kendalikan serentak. Jika anda mula rasa sukar untuk menjejak aset, anda telah membebankan diri anda: kurangkan jumlah pesanan dagangan kepada jumlah yang mampu anda uruskan.

Sesetengah trader berjaya membuka banyak pesanan untuk memaksimumkan keuntungan mereka. Walau bagaimanapun, ini merupakan bukti perkembangan kemahiran dan pengalaman yang diraih dalam suatu tempoh yang agak panjang.

 

Refleksi Akhir

Ramai yang terpaksa melalui setiap perkara yang disenaraikan di atas dengan cara yang sukar—iaitu, dengan melaluinya sendiri, kerugian wang, dan merasai kekecewaan.

Penawar terbaik adalah pendidikan berterusan. Dengan terungkainya tujuh mitos ini mengenai Forex, anda telah mendapat pengenalan yang lancar mengenai dunia Tukaran Asing dan salah tanggapan yang paling lazim. Jangkaan anda akan menjadi lebih berasas, berfakta, dan realistik. Anda bersedia untuk permulaan yang membina dalam dagangan Forex. Langkah seterusnya adalah untuk meningkatkan pengetahuan anda mengenai seni Forex sebenar dan menjadi trader yang mantap dan berdisiplin.

Jadi trader profesional bersama Octa

Cipta akaun dan mula berlatih sekarang.

Octa